Sunday 11 December 2011

JAWAPAN SOALAN STPM 1999 - PP2 BAHAGIAN A

SOALAN 1

a)
i. Memorandum Syarikat / Tatawujud Syarikat(½)
- menerangkan tentang perlembagaan sesebuah syarikat dan menerangkan segala kuasa @ had / batasan yang dimiliki nya. (½)
- Diserahkan kepada Pendaftar Syarikat(½) ATAU
- Contoh nama syarikat diakhiri perkataan `berhad’, objektif syarikat, pengakuan liability ahli terhad dan jumlah modal nominal/ dibenarkan(½)
ii. Tataurusan Syarikat(½)
- peraturan-peraturan dalaman berhubung dengan cara-cara sesebuah syarikat diuruskan (½)
- diserahkan kepada Pendaftar Syarikat (½) ATAU
- Contoh perlantikan lembaga pengarah syarikat, penerbitan syer, pembayaran dividen, pemilikan saham dll. (½)

b) Sistem pengurusan maklumat
- satu sistem yang direka bentuk (½)yang bermula dengan memungut data dari dalam dan luar organisasi, menterjemahkannya menjadi maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya (½)untuk digunakan dalam proses membuat keputusan (½)oleh pihak pengurusan bagi aktiviti merancang, mengawal dan menilai prestasi (½)sesebuah organisasi.
- Satu system berasaskan komputer

c) Perbezaan usahawan dan peniaga


Usahawan
Mementingkan keuntungan di samping mengutamakan sumbangan jasa dan bakti kepada masyarakat dan negara.(1m)
Sentiasa berusaha untuk maju di alam perniagaan dengan mencipta sesuatu yang baru atau melakukan pembaharuan.(1m)
Menjalankan aktiviti jual beli tanpa melakukan sesuatu pembaharuan dan kemajuan terhadli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi.(1m)
Berani menanggung risiko.(1m)
Tidak berani menanggung risiko dan berpuashati denagn perniagaan sedia ada.(1m)

Peniaga
Mementingkan keuntungan sahaja dan tidak mengutamakan sumbangan kepada masyarakat.(1m)
Menjalankan aktiviti jual beli tanpa melakukan sesuatu pembaharuan dan kemajuan terhadap perniagaannya.(1m)
Membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi.(1m)
Tidak berani menanggung risiko dan berpuashati denagn perniagaan sedia ada.(1m)

(jawab dalam btk jadual)


d) Perbezaan
Akta Koperasi 1948(½)
Didaftarkan dengan Jabatan Pembanguan Koperasan koperasi dikawal oleh Ketua Pendaftar Koperasi(½)

Akta Pertubuhan 1966(½)
Aktiviti dan perjalanan kelab diawasi / dikawal oleh Ketua Pendaftar Pertubuhan(½)

(jawab dalam btk jadual)


e) i. Globalisasi -
- pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia atau merentasi sempadan negara masing-masing dengan tujuan mengadakan aktiviti PAB (1m)
- pergerakan faktor- faktor pengeluaran secara bebas di mana-mana negara.

ii. Penswastaan
- satu proses pemindahan daripada sektor awam kepada sektor swasta untuk mengurangkan beban kewangan dan pendtadbiran kerajaan.(1m)

iii. Syarikat Multinasional
- syarikat besar yang beroperasi dengan cawangan-cawangannya yang terdapat di beberapa negara(½)
- cawangan tersebut dikawal oleh satu syarikat dari sesbuah negara sahaja / syk. Induk. (½)

f) Tiga cara firma terlibat dalam PAB
-Perlesenan, pemilikan secara langsung, usahasama, perdagangan timbal balik, pembentukan subsidiary, francais, perkhidmatan, pembuatan, kontrak pengeluaran, operasi serah kunci, pelaburan luar asing, pelaburan portfolio di negara asing.(pilih mana-mana 3, 1m setiap satu fakta)

g) Etika Perniagaan
- satu set nilai dan peraturan (½)yang menerangkan betul atau salah (½)perlakuan seorang peniaga dalam menjalankan aktiviti perniagaan(½)

h) Matlamat undang-undang perlindungan pengguna
i. Keselamatan pengguna
- melindungi pengguna daripada makanan, ubat-ubatan, amalan dan perkhidmatan yang tidak selamat atau membahayakan
- barang-barang yang dijual mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan pihak-pihak tertentu seperti SIRIM, Kementerian Kesihatan dll.

ii. Kesihatan Pengguna
- bertujuan untuk melindungi keselamatan pengguna dan menjaga kesihatan pengguna .
- Antaranya ordinan Binatang 1953, Akta Pembasmian Malaria 1974, Akta Kawalan Mutu dan Alam Sekitar 1974

iii. Kepentingan Ekonomi Pengguna
- Undang-undang ini diluluskan untuk melindungi kepentingan ekonomi pengguna
- Cth Akta Kawalan harga1946, Akta Sewa Beli 1967, Akta Timbang & Sukat 1972 dll

iv. Maklumat Pengguna
- undang-undang ini menasihatkan pengguna mendapat penerangan yang benar dan mencukupi supaya dapat membuat pilihan yang bijak dalam proses pembelian.
- Cth Akta Perihal Dagangan 1972, Ordinan Ubatan , Iklan dan Jualan 1956 dll

v. Alam Sekitar Pengguna
- undang-undang meastikan alam sekitar tidak tercemar dan boleh mengancam keselamatan dan kesihatan pengguna.
- Cth Akta Mutu Alam Sekitar 1974

vi. Gantirugi Pengguna
- Pengguna boleh menuntut gantirugi sekiranya berlaku kemungkiran dalam kontrak jual beli.
(pilih mana-mana 2, fakta(½) + huraian (1m) =(1½) x 2 = 3m

i) 4 kaedah komunikasi
i. Komunikasi lisan(½)
ii. Komunikasi bertulis(½)
iii. Bahasa badan(½)
iv. Visual(½)

j) Tiga jenis komunikasi bertulis
i. Memorandum(½) – ditujukan kepada orang tertentu (½)
ii. Surat- ditujukan kepada orang tertentu
iii. Minit mesyuarat – khusus kepad ayang terlibat
iv. Laporan – untuk pihak tertentu atau umum
v. E-mail - ditujukan kepada orang tertentu
vi. Pekeliling – untuk kegunaan umum


SOALAN NO. 2

(a) 4 sumbangan usahawan

1. Peluang Pekerjaan
-usahawan mempelawa masyarakat tempatan untuk bekerja dan mewujudkan perkerjaan di rumah/kerja

2. Penggunaan sumber tempatan
-perniagaan membeli sebahagian sumber seperti bahan mentah di perekitaran ia beroperasi.
-meningkatkan pendapatan penduduk

3. Penggerak ekonomi yang sihat
-memastikan kewujudan produk dan perkhidmatan baru/ditawar kepada masyarakat.

4. Menjadi sumber inspirasi/modal kepada masyarakat
-memberi pendidikan kepada keusahawan baru

5. Membangunkan industri sokongan
-mempercepatkan pertumbuhan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputra melalui pembabitan bumiputra dalam perdagangan.

6. Beri sumbangan sebahagian dari pendapatan mereka/ kepada masyarakat sebagai tanggungjawab sosial
-seperti derma kebajikan ,sosial, pembinan, prasarana

7. Meningkatkan taraf hidup masyarakat
-melalui pelaksanaan dasar kerajaan - DEB,DPN yang bermatlamat penyusunan dan membasmi kemiskinan.
-keselesaan hidup.
( pilih mana-mana 4 yang pertama, fakta (½) + huraian(1m)

(b) 3 Pendekatan

1. Pendekatan Psikologi(1m)
** pendekatan ini mengkaji usahawan dari sudut ciri-ciri personaliti usahawan.(1m)
**ciri-ciri usahawan berbeza dengan orang yang bukan usahawan seperti ciri-ciri pencapaian,kawalan dalaman,risiko dan lain-lain.Usahawan mempunyai ciri yang tinggi seperti lebih berani mengambil risiko,mempunyai kawalan diri yang tinggi, bekerja kuat dll.(1m)
ATAU
i. Model baka-lahir dari identitinya tersendiri @
ii. Teori Kehendak pada Pencapaian Mc. Clelland
*mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi dan berani pikul tanggungajwab @
iii. Model Psikodinamik-individu semasa kecil tertekan dan tidak mendapat kemudahan-kemudahn tertentu.
2. Pendekatan Ekonomi(1m)
** menekankan kepada keuntungan dan kekayaan menyebabkan seseorang itu melibatkan diri dalam keusahawanan.
**usahawan itu cuba mencari dan mendapatkan peluang untuk mendapat keuntungan.
ATAU
i. Joseph Sehumpeter-inovasi sebagai inti keusahawan @
ii. Alfred Marshal-usahawan melalui proses masa iaitu berkembang dari kecil ke perniagaan besar @
iii. Israel Kirzner-usahawan sebagai orang tengah dan mengaut keuntungan
3. Pendekatan Sosiologi
**menerngkan tentang keadaan @ situasi sosial yang mempengaruhi usahawan tersebut.
**mengambil kira faktor-faktor sosial seperti budaya,role model,galakan masyarakat, pengalaman dan pendidikan dan sebagainya mempengaruhi proses keusahawanan.
ATAU
i. Max Weber-memasukan unsur keugamaan sebagai asas kejayaan @
ii. Everett Hagen-lahir dari kumpulan bawahan yang tidak berpuas hati dengan kepincangan mayarakat. @
iii. Model Pembangunan Sosial-usahawan lahir dari proses sosialisasi masyarakat.


(c) Faktor-faktor yang mendorong perkembangan dan kejayaan sesebuah perniagaan

1 .modal yang mencukupi
-sumber modal dari simpanan sendiri,keluarga,rakan,pinjaman bank
2. lokasi - strategik dan sesuai
- pemilikan lokasi perlu ada daya kuasa beli yang tinggi dan kurang
persaingan.
- pertambahan saiz penduduk

3. minat,pengetahuan dan pengalaman
- minat mendalam dan berkekalan
-pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan perniagaan,
pengurusan kewangan dll.

4. Persaingan - kenalpasti pesaing-pesaing –bilangan ,kekuatan dan
kelemahan , buat perancangan atasi pesaing

5. Undang-undang dan peraturan
- perlu mengetahui undang-undang dan peraturan spt akta syarikat,akta
perkongsian
- mengetahui peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuaa tempatan

6. Sumber Bekalan
- mencari pembekal yang termurah dan pemborong yang tawarkan kredit dalam jangka masa panjang serta beri diskaun niaga yang besar.
7. Menghasilkan produk-produk dan perkhidmatan berkualiti
- membuat R&D dan mendapatkan taraf ISO

8. Pekerja cekap dan terlatih
- beri latihan dan kemahiran pada pekerja

9. Pengurusan masa berkesan
- huraian/contoh:membuat perbincangan yang perlu menjalankan
mesyuarat tepat pada masa.

11. Faktor ekonomi + huraian

12. Faktor sosial + huraian

(pilih mana-mana 5 , fakta (1m) + huraian (1m)

Thursday 8 December 2011

SOALAN STPM 2011 - PP1 BAHAGIAN B

BAHAGIAN B [50 MARKAH]

Jawab dua soalan sahaja.

SOALAN 3
(a) Dengan menggunakan contoh produk beras,
(i) Jelaskan maksud perniagaan ekstraktif, barangan industri, dan
barangan konsumer, dan [6]
(ii) Jelaskan perkaitan antara perniagaan ekstraktif, barangan
industri, dan barangan konsumer. [6]

(b) Jelaskan empat kepentingan keuntungan perniagaan kepada setiap
yang berikut:
(i) pemilik sesuatu perniagaan;
(ii) masyarakat;
(iii) negara. [13]


SOALAN 4
(a) Jelaskan tiga peranan pengurus bagi sesebuah organisasi perniagaan. [10]
(b) Jelaskan tiga fungsi pengurusan, dan kaitan fungsi-fungsi tersebut dengan pengurusan perniagaan komputer. [15]


SOALAN 5
(a) Jelaskan lima peranan pemimpin dalam sesebuah organisasi. [10]
(b) Huraikan faktor penjagaan (hygiene) mengikut Teori Dua Faktor oleh Frederick Herzberg, dan kaitkan faktor itu dengan amalan organisasi. [15]


SOALAN 6
(a)
(i) Jelaskan maksud pembiayaan ekuiti dan pembiayaan hutang. [4]
(ii) Jelaskan perbezaan antara pembiayaan ekuiti dengan pembiayaan hutang dari aspek pulangan atau tanggungan dan aspek hak milik perniagaan. [8]
(iii) Terangkan tiga sumber pembiayaan jangka panjang dan dua kelebihan sumber pembiayaan jangka panjang. [5]

(b) Jelaskan proses pembelian barangan industri. [8]



SOALAN 7
(a) Huraikan konsep pemikiran kreatif. [5]
(b) Jelaskan empat punca ketegangan yang disebabkan oleh skop kerja. [8]
(c) Terangkan empat kaedah individu untuk mengurangkan ketegangan kerja. [12]

SOALAN 8
(a) Yang berikut ialah data yang diperoleh tentang prestasi pengeluaran di Kilang Kasut MJ.
PEKERJA PENGELUARAN
A 225
B 200
C 310
D 175
E 200

(i) Hitungkan min, median, mod, dan sisihan piawai. [5]
(ii) Berdasarkan jawapan anda dalam (a) (i), terangkan dua kesimpulan tentang prestasi pekerja kilang kasut itu. [4]
(iii) Cadangkan dua tindakan yang boleh diambil oleh pihak pengurusan kilang kasut itu untuk meningkatkan prestasi pekerjanya. [4]

(b) Huraikan kemahiran pengurusan masa dan kemahiran manusia dalam perniagaan restoran dengan memberikan dua contoh bagi setiap kemahiran. [12]

Tuesday 6 December 2011

SOALAN STPM 2011 - PP1 BAHAGIAN A

SOALAN STPM 2011
PENGAJIAN PERNIAGAAN
KERTAS 1

BAHAGIAN A [50 MARKAH]
Jawab semua soalan

SOALAN 1
(a) Nyatakan dua kepentingan masyarakat kepada perniagaan. [2]

(b) Perihalkan tiga tahap perniagaan yang wujud dalam kegiatan ekonomi sesebuah negara. [3]

(c) Apakah maksud pengorganisasian? [2]

(d) Nyatakan tiga prinsip asas pengurusan saintifik yang dipelopori oleh Frederick W. Taylor. [3]

(e) Perihalkan tiga ciri rancangan taktikal. [3]

(f) Jelaskan maksud kualiti dalam pengeluaran. [2]

(g) Nyatakan empat asas pemetakan pasaran barangan pengguna. [2]

(h) Terangkan dua kebaikan perekayasaan semula (reengineering). [2]

(i) Nyatakan tiga kelebihan pembuatan keputusan secara berkumpulan. [3]

(j) Jelaskan maksud perhubungan industri dalam konteks pengurusan sumber manusia. [3]


SOALAN 2
(a)
Pasar Raya Jasko telah mempamerkan produk berdasarkan gelagat pengguna. Baju sekolah dan baju kurung akan ditingkatkan promosi jualannya pada musim perayaan. Cheongsam dan sari ditempatkan bersebelahan dengan jubah dan baju kurung. Pakaian berjenama dan klasik dipamerkan sepanjang masa di ruang yang istimewa. Barangan bayi dan kanak-kanak dipamerkan dalam bilik khas di tingkat dua. Produk makanan kering dan basah diletakkan di tingkat bawah. Kafe Internet dan hiburan terletak di tingkat atas. Tempat letak kereta berbumbung dan kawasan permainan kanak-kanak yang selesa dan selamat disediakan oleh pasar raya berkenaan.

Berdasarkan senario di atas,
(i) Jelaskan empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna, [8]
(ii) Kelompokkan produk yang dijual di Pasar Raya Jasko dengan merujuk kepada empat faktor yang anda jelaskan dalam (a) (i). [8]

(b)
Jelaskan tiga kategori campuran produk. [9]