Thursday 8 December 2011

SOALAN STPM 2011 - PP1 BAHAGIAN B

BAHAGIAN B [50 MARKAH]

Jawab dua soalan sahaja.

SOALAN 3
(a) Dengan menggunakan contoh produk beras,
(i) Jelaskan maksud perniagaan ekstraktif, barangan industri, dan
barangan konsumer, dan [6]
(ii) Jelaskan perkaitan antara perniagaan ekstraktif, barangan
industri, dan barangan konsumer. [6]

(b) Jelaskan empat kepentingan keuntungan perniagaan kepada setiap
yang berikut:
(i) pemilik sesuatu perniagaan;
(ii) masyarakat;
(iii) negara. [13]


SOALAN 4
(a) Jelaskan tiga peranan pengurus bagi sesebuah organisasi perniagaan. [10]
(b) Jelaskan tiga fungsi pengurusan, dan kaitan fungsi-fungsi tersebut dengan pengurusan perniagaan komputer. [15]


SOALAN 5
(a) Jelaskan lima peranan pemimpin dalam sesebuah organisasi. [10]
(b) Huraikan faktor penjagaan (hygiene) mengikut Teori Dua Faktor oleh Frederick Herzberg, dan kaitkan faktor itu dengan amalan organisasi. [15]


SOALAN 6
(a)
(i) Jelaskan maksud pembiayaan ekuiti dan pembiayaan hutang. [4]
(ii) Jelaskan perbezaan antara pembiayaan ekuiti dengan pembiayaan hutang dari aspek pulangan atau tanggungan dan aspek hak milik perniagaan. [8]
(iii) Terangkan tiga sumber pembiayaan jangka panjang dan dua kelebihan sumber pembiayaan jangka panjang. [5]

(b) Jelaskan proses pembelian barangan industri. [8]



SOALAN 7
(a) Huraikan konsep pemikiran kreatif. [5]
(b) Jelaskan empat punca ketegangan yang disebabkan oleh skop kerja. [8]
(c) Terangkan empat kaedah individu untuk mengurangkan ketegangan kerja. [12]

SOALAN 8
(a) Yang berikut ialah data yang diperoleh tentang prestasi pengeluaran di Kilang Kasut MJ.
PEKERJA PENGELUARAN
A 225
B 200
C 310
D 175
E 200

(i) Hitungkan min, median, mod, dan sisihan piawai. [5]
(ii) Berdasarkan jawapan anda dalam (a) (i), terangkan dua kesimpulan tentang prestasi pekerja kilang kasut itu. [4]
(iii) Cadangkan dua tindakan yang boleh diambil oleh pihak pengurusan kilang kasut itu untuk meningkatkan prestasi pekerjanya. [4]

(b) Huraikan kemahiran pengurusan masa dan kemahiran manusia dalam perniagaan restoran dengan memberikan dua contoh bagi setiap kemahiran. [12]

1 comment: