Tuesday 6 December 2011

SOALAN STPM 2011 - PP1 BAHAGIAN A

SOALAN STPM 2011
PENGAJIAN PERNIAGAAN
KERTAS 1

BAHAGIAN A [50 MARKAH]
Jawab semua soalan

SOALAN 1
(a) Nyatakan dua kepentingan masyarakat kepada perniagaan. [2]

(b) Perihalkan tiga tahap perniagaan yang wujud dalam kegiatan ekonomi sesebuah negara. [3]

(c) Apakah maksud pengorganisasian? [2]

(d) Nyatakan tiga prinsip asas pengurusan saintifik yang dipelopori oleh Frederick W. Taylor. [3]

(e) Perihalkan tiga ciri rancangan taktikal. [3]

(f) Jelaskan maksud kualiti dalam pengeluaran. [2]

(g) Nyatakan empat asas pemetakan pasaran barangan pengguna. [2]

(h) Terangkan dua kebaikan perekayasaan semula (reengineering). [2]

(i) Nyatakan tiga kelebihan pembuatan keputusan secara berkumpulan. [3]

(j) Jelaskan maksud perhubungan industri dalam konteks pengurusan sumber manusia. [3]


SOALAN 2
(a)
Pasar Raya Jasko telah mempamerkan produk berdasarkan gelagat pengguna. Baju sekolah dan baju kurung akan ditingkatkan promosi jualannya pada musim perayaan. Cheongsam dan sari ditempatkan bersebelahan dengan jubah dan baju kurung. Pakaian berjenama dan klasik dipamerkan sepanjang masa di ruang yang istimewa. Barangan bayi dan kanak-kanak dipamerkan dalam bilik khas di tingkat dua. Produk makanan kering dan basah diletakkan di tingkat bawah. Kafe Internet dan hiburan terletak di tingkat atas. Tempat letak kereta berbumbung dan kawasan permainan kanak-kanak yang selesa dan selamat disediakan oleh pasar raya berkenaan.

Berdasarkan senario di atas,
(i) Jelaskan empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna, [8]
(ii) Kelompokkan produk yang dijual di Pasar Raya Jasko dengan merujuk kepada empat faktor yang anda jelaskan dalam (a) (i). [8]

(b)
Jelaskan tiga kategori campuran produk. [9]

No comments:

Post a Comment